''Pergi haji pun ada kasta!'' luah Ramly, tak puas hati. Mata dia jauh menerawang menembus dimensi.

''Pakej untuk buat haji?!'' jerit Ramly lagi. Tak puas hati benar dia dengan produk-produk dan pengendali-pengendali perniagaan yang menunggang dan menjual agama.

''Sama je. Syurga nanti pun ada kasta juga, kan?'' sahut Farid. Dia kurang gemar berdebat tentang hal yang berkait akidah,  kerana mengikut akal fikirnya, hal agama sewajarnya ditangani oleh orang yang lebih ahli. Dia tidak.

Ramly dan Farid sememangnya akrab. Mereka sering terlihat berdua hampir setiap hari. Ke mana Ramly pergi, pasti dibontoti Farid. Di mana Farid ada, Ramly pasti ada juga. Macam belangkas.

Walaupun begitu, ramai orang tak berkenan mata melihat mereka. Ramly turut tanggapan mereka, kurang waras, radikal dan keras. Farid pula, mereka labelkan sebagai pak turut, dan mata duitan.

Tapi yang sebenar, persahabatan mereka jauh melangkau dari apa yang orang-orang sekitar erti dan tafsirkan. Ada titik-titik rasa yang kuat mengikat hubungan mereka yang gagal orang lain telah.

Bak kata pepatah Melayu, hanya jauhari mengenal manikam.

''Syurga hak Tuhan!'' bantah Ramly, ''Kaabah bukan hak Saudi!''

Farid tak menyahut. Dia buat-buat pekak.

Sebetul-nya, dia tak kisah. Agama kan tak perlu rumit-rumit? Cukup sembahyang, bayar zakat, puasa, mengucap, haji, kan dah lengkap syarat jadi orang Islam? Kenapa perlu gali dalam-dalam?

Ramly membebel-bebel. Turutnya, tempat ibadah sepatutnya tidak dirogol oleh golongan kapitalis. Bila golongan-golongan mata duitan ini masuk tempat-tempat suci, mereka dengan rakus akan gantikan maksud dan matlamat penyerahan dan susah-payah pengorbanan dengan material dan duniawi.

''Hotel 7, 8 bintang, gedung beli-belah, semua ni nak mengganggu tumpuan dan mengacau orang nak beramal!''

''Balik haji, bukan bawak balik iman dan insaf, tapi bawak balik kurma, air zam-zam, tasbih, jubah, sejadah, manisan! Kau tengok Shah tu, apa dia beli? Beg Chanel!''

''Salah ke?'' soal Farid. ''Kau marah sebab cemburu, kan?''

Ramly mendengus panjang. Dia menggeleng-geleng kepalanya.

''Farid,'' kata Ramly, ''kau kena faham dengan mendalam pasal kenapa orang beli Chanel, Longchamp, kenapa orang naik haji, kenapa dan apa maksud sa'i, korban, tawaf. Apa dan kenapa Tuhan nak kau lalui semua ritual ni!''

''Then, kau akan tahu apa yang aku nak beritahu!''

''Aku tak rasa penting lah, Ramly. Baik aku selesaikan masalah aku dulu sebelum cuba ubah dunia! Cari duit banyak-banyak dulu!'' Farid mencelah, perlahan.

''Senasib-lah kau kat dalam, berjiran dengan Qarun, Firaun, Abu Lahab, dan Haman!''

Ramly hempas tangan atas meja dan terus bergegas ke motorsikal-nya.

''Bila jumpa dorang nanti, baru kau faham maksud aku!'' kata Ramly masa mengikat tali topi keledar, sebelum meninggalkan Farid yang masih terpinga-pinga.

''Berdoa lah kau tak lama kat sana!''