Setelah lebih satu tahun tidak menjejak kaki di HRC, atas ajakan LA dan pelawaan Perempuan Eurasian, aku luang-kan masa beriadah dengan teman-teman-dahulunya-rapat-dan-mesra (TeDaRaMes). Salah-kan takdir hitam yang selalu mencuri ruang untuk perselisihan dan pertelagahan mempertahan sifat egosentrik -- perkara yang selalu menghancur-kan keharmonian sesebuah kontrak hubungan sosial.
Untuk berlagak normal dan tidak terbawa-bawa dalam situasi janggal dan kekok, bukan-lah kemahiran utama aku. Jadi-nya, untuk permainan selamat, dan mengelak-kan tercetusnya kecelakaan, aku usaha-kan diri aku untuk telan kepahitan-kepahitan masa lampau dengan pukulan-pukulan eskapisme -- cuba mengusir keluar elemen-elemen prasangka serta cas-cas negatif malapetaka, dan humban jauh-jauh sentimen-sentimen yang kurang menyenangkan dan tidak membantu menjernih-kan.
Dalam kata lain, aku harus berada dalam ekstra kawalan, atau paling pun tidak, sekurang-kurang mabuk empat tiang.
Ia tidak berlaku. Mereka bagus dan tidak seprejudis aku barangkali. Life is short and our days are numbered, bukan? Make it grand, make it worth, make it wise. Macam pepatah Inggeris kata, let bygones and be bygones. Hirup udara baru. Pesan LA, "We are adults, we are grown up, so act like one!"
Hujung minggu dalam atmosfera HRC -- yang sememangnya aku tahu ketandusan gadis-gadis muda, menggiurkan, dan hingusan -- penuh dengan perempuan tua (28 tahun hingga 35 tahun) dan nenek-nenek dahaga hiburan (36 tahun ke atas). Semua kelihatan bertenaga, energetik, dan sensual -- memperaga-kan tubuh dalam bungkusan pakaian yang merayu perhatian dan godaan dari jantan-jantan libertin.
Perempuan-perempuan tua dengan sex-appeal ini, tilik aku, seperti membawa satu label bayangan di dahi mereka, "Nice to see, nice to hold, once broken, considered sold," -- macam pantun peringatan yang banyak tertulis di kedai-kedai cenderamata.
Memerhati mereka seperti bersetuju untuk gelengan kepala. Aku tak mahu membeli beg yang penuh dengan isi.
Dari ruang interior, set pentas hingga-lah penjaga tandas yang menjual gula-gula dan getah kunyah, tiada apa yang berubah, HRC kekal statik dan monotonus. Mungkin hanya untuk golongan glamorus dan geraskofobia.
Wahyu, vokalis band yang sedang beraksi, duduk sebelah aku setelah dipanggil oleh Brother Edi. Lahir di Thailand dan membesar di Indonesia, dia kelihatan begitu teruja bila aku sebut band Burgerkill dan Naif. Antara dengar dan tidak, aku cuba menangkap kata-kata yang keluar dari mulut dia.
LA menguis kaki aku bila konversasi aku jadi panjang dengan Wahyu. Dia kata, "Ha, kacip dah tu!" Apa-apapun, aku jadi jijik bila Wahyu meneguk minuman kami terus dari botol -- aksi yang aku kira sangat-sangat menjengkelkan.
He got laid, then.
Ada beberapa perkara yang buat aku tersenyum sendiri ketika merempuh jalan pulang. Bila difikir-fikir, satu masa akan datang nanti, aku akan kembali duduk sendiri, atau, jika dalam keadaan yang lebih baik -- seperti masih bersama dengan set kumpulan teman-teman ini menyorot semula detik-detik yang telah berlalu itu -- dan jika takdir tidak merampas atau memporak-perandakan masa akan datang itu nanti, aku akan kata, dalam nada yang paling mengenangkan, dan dalam senyum kesipuan dan kerinduan, "Those were the days."
Bila sahaja detik masa itu menjengah nanti, mereka semua sedang sibuk mengurus lampin dan merungut tentang harga susu formula.
No comments:
Post a Comment