Tercabul dan mengkal dengan saran si tolol, lelah menaakul isi-isi cemar dan konyol, cuba menangkup bijaksana yang tersejat dari suluk yang riuh.
Masih-kah dunia menakluk resah dan hiba-ku dalam menyantun salam dari Pencipta?
Atau, masih-kah aku melirik giur pada susuk dosa-dosa kelmarin?
Atau, aku yang bacul, masih lenang dalam keraian, masih mencandui gurindam nan semalam.
Kenyir, 11 Julai.
No comments:
Post a Comment