''Obrolan dan omongan perihal politik lazimnya enak. Masing-masing punyai hujah-bantah dan debat yang menakjub. Masing-masing mengangkat dan meninggi gagasan dan cenderung walau dengan cara yang jelak dan berharum jengkol.''
''Tapi bagi aku ya, hal yang terlazat pastinya jika semua pikir-pikir itu disambut dengan matang dan saksama. Perbedaan itu seharusnya tidak di-tantangi, tidak di-musuhi, tidak di-cemburui, tidak di-sanggahi dengan khianat, malahan seharusnya di-gilap untuk saling melengkapi.''
''Namun pokok-nya, di atas segala-gala kehuru-haraan itu, terpentingnya kita semua, di-minum teh-nya dengan lahap dan percuma!''
Wak Saripin menghabiskan perenggan terakhir dengan mengangkat tinggi gelas-nya ke langit. Not RM20 ditinggal di atas meja.
Ahli-ahli warung yang sedari tadi bertegang urat leher menegakkan pegangan masing-masing terdiam. Masing-masing bersyukur dalam hati kerana bayaran untuk sarapan hari ini sudah lunas.
Bukan Najib seorang sahaja yang boleh menenteram-kan gundah banyak orang dengan BR1M.
No comments:
Post a Comment