Hari Raya has passed by, and as for me, amid its typical-pseudo-happiness celebration, it was quite a sentimental day.

I lost my uncles, literally and metaphorically. Death boat sails on its term, waiting for no one, giving no sign.

The good thing was, I spent the days to recuperate my strength, my energy, my mind. I hid myself in self-pity -- a sweet time for reconciliation and rejuvenation.

So, here I am today. I wake up with a big signage behind my back. It says, don't believe in 'good intention'.

Well, I believed. I always believe. Like, just believe.

I heard many stories. They contradict with each other. But, being me, I don't give a single flying fuck. Life goes on, round and round.

Truth comes late, as usual.

My struggle, my time, my hardship, my everything, are worth not even a penny. Worse, I am now strangled in huge debt.

This pain, like a big punch on the face, is temporary, and I hope this broken spirit, will soon fade away.

But don't be fret, little piggy. Just get away with a big thank you.

Pojok

Aku jarang mengulas sesuatu yang sedang berlaku di dalam negara -- jika ada pun, aku hanya menembak secara sinikal. Insiden yang berlalu di Low Yat telah mencetus sedikit adrenalin untuk aku menulis.

Ia bukan sekadar persoalan tentang sebuah telefon bimbit.

Dan ia juga bukan persoalan penindasan.

Ia berkaitan maruah dan harga diri.

Lupa-kan sebentar perjuangan dan ideologi kepolitikan kamu yang tohor. Lupa-kan seketika polemik kebencian dan sokongan.

Sekian lama bangsa Melayu terpaksa bersikap apologetik terhadap bangsa-bangsa lain. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kebangsaan Melayu, ia dengan mudah dipatah-patahkan dengan hujah-hujah yang kadangkala terlalu rapuh dan diselit dengan unsur-unsur Islamik.

Aku mungkin dituduh bersikap rasis dan perkauman. Ya, kerana aku seorang bangsa Melayu.

Masih ingat-kah kita dengan menteri Melayu yang terkial-kial memohon maaf setelah mencium senjata keramat orang Melayu? Masih ingat-kah tentang Kiki dengan kunci stereng-nya? Masih ingat-kah kita dengan parti-parti berteras bangsa Melayu dan Islam terpaksa menggadai asas perjuangan demi undi bangsa lain?

Aku hanya meminjam tiga contoh mudah. Aku mampu, jika aku mahu, menulis dengan panjang lebar peristiwa-peristiwa lain yang menyebabkan orang-orang Melayu berasa hampa dan malu dengan jenama Melayu dan menjadi Melayu.

Bercambahnya Melayu modernis -- konon liberal dan bebas -- telah menyebabkan kelompok besar bangsa Melayu berasa kian tersisih dan terasing. Lambang Melayu menjadi sesuatu yang jelek, sesah dan hina -- tidak lagi menjadi sesuatu yang harum dan kekar. Kompleks inferioriti menjadi semakin menebal -- perkara yang cuba dibunuh oleh Tun tetapi tergendala bilamana kekuasaan bertukar.

Insiden yang berlaku di Low Yat telah membuat ramai orang Melayu membuka mata. Mereka terkesan dan malu tentang bagaimana seorang budak lelaki (23 tahun) boleh menjadi begitu berani dalam mempertahankan hak dan kebenaran.

Berada di Low Yat, beliau seolah-olah sedang menjulang keris di dalam perhimpunan DAP!

Perasaan ini dikongsi. Rasa terharu berubah menjadi sebentuk semangat. Dan sebentuk semangat berubah menjadi sebentuk kuasa -- rasa yang telah lama terkikis dek kegagalan sistem dan pemimpin yang bersikap apologetik, dungu, cuai, dan mata duitan.

Ia bukan lagi sekadar berkenaan dengan sebuah telefon bimbit.

Dengan kekuasaan politik yang kian merosot, dengan keadaan ekonomi yang semakin meruncing, dengan perpaduan yang parah meluntur, munculnya pemuda ini persis David menentang Goliath!

Aku mungkin silap, tetapi bangsa ini memerlukan seorang David -- yang tidak terpesona dengan harta, tidak terpalit tahi skandal, dan hidup berdenyutkan nadi rakyat -- untuk kembali bangkit menjadi waras.