Di pinggir bandaraya Kuala Lumpur, atau barangkali lebih tepat dirujuk sebagai Kotaraya Durjana, dia, HE, seorang Martian, seorang Machiavellian, seorang jantan, sedang duduk merenung kosong gelas minuman yang berisi koktel delusi. Dia mungkin saja tak memahami -- the general purpose of life -- atau maksud segala-gala di sebalik apa yang telah dan bakal dia lalui.

HE, juga barangkali, menyertai antara jutaan jiwa yang menjadi mutan, yang hanya mahu berhidup di atas bumi, yang telah kalis terhadap virus-virus dan energi tipikal golongan populis, telah berhasil menemui satu titik -- a turning point -- which had led him to realize -- as the world has nothing to offer, death perhaps would be less suffering.

HE, sarat membawa jiwa yang panik dengan beban persoalan tentang visi dan misi kewujudan, selalu beranggapan, pencarian definisi hidup dan relevansi-nya kepada seseorang bermula bila sahaja dia mulai rindu pada kematian, dan kegentaran terhadap bagaimana untuk melalu kehidupan, bukan menjadi ancaman.

HE, mungkin juga barangkali, tidak sesekali tahu bahawa apa yang dia mahu lari-kan diri dari selama ini, adalah perkara yang benar-benar telah membunuh-nya.

Terbuta dengan keinginan dan kemahuan yang tak tertanggung untuk menakluk dunia, HE, telah memulakan satu epik perjalanan kehancuran emosi yang berhati-hati. Satu hal yang terjelas, dia tidak mahu dengan rela terjerumus secara eksklusif dengan si Venus -- menurutnya, si Venus adalah anak kunci kepada jalan kesengsaraan -- dan dia lebih mengarah-kan hidupnya fokus dan berpusat kepada pencarian keagungan dan keabadian serta pengiktirafan -- musik, arts, dan semua perkara-perkara abstrak yang diletaknilai oleh manusia -- which legitimately, he was never good at.

Melihat dunia dari sudut pemahaman dan kanta yang bertentangan dengan massa, HE telah paksa-kan satu standard matlamat untuk dia capai, sebelum segala-gala-nya beruraian menjadi debuan partikel.

“I wanna be immortal¹ !” dia kata dalam hati, penuh semangat, sebelum menyudah-kan hirupan jus terakhir.

Duduk berseorangan di dalam kesunyian² bar, dia melirik ke arah seseorang.

Dan dia tersenyum.

----------------------------------------------------

¹ Kekal, diingati, hidup, atau rujukan oleh semua pemuja dan pencela untuk jangka masa selama-lama-nya.

² Unaccompanied.

----------------------------------------------------

**

Seorang Archimedes pernah jerit-kan “Eureka¹!” bilamana dia bertemu dengan pencerahan². Seorang ahli matematik -- setelah berjaya merungkai-kan permasalahan dalam persamaan kuantum nuklear yang rumit -- juga telah menulis dalam kitab-nya, perihal yang hampir sama. Dan seorang penyair eksistential tempatan, secara sinikal-nya pernah laung-kan perkataan itu tatkala dia dipanah dengan momen-momen keajaiban -- menurut pengertian dalam konteks-nya.

----------------------------------------------------

¹ Archimedes telah menemu-kan teori yang mengata-kan daya apung (buoyancy) sesuatu objek ada-lah sama dengan berat air yang disesar-kan oleh objek (Buoyancy = weight of displaced fluid) ketika beliau mahu mandi.

² Pencerahan yang dimaksud-kan bukan berkenaan dengan pencerahan seperti yang dialami oleh Siddhārtha Gautama Buddha di bawah Pohon Bodhi.

----------------------------------------------------

Jadi, HE, setelah lebih separuh hayat-nya terpasung dengan rantaian-rantaian teka-teki hitam, setelah diri-nya bangkit dari mimpi-mimpi orgasme sang Freudian, tanpa ragu-ragu, telah pekik-kan, “Eureka!” bilamana dia rasa telah lengkap-kan puzzle-puzzle kecil yang bertaburan di dalam dada-nya.

“Bitches love me!” dia kata dengan puas, buas, penuh yakin, lalu tersenyum dalam kesinisan, seraya merangkul kembali tubuh lesu yang berbalut selimut di sebelah-nya.

Dia, HE, seorang Martian, seorang Machiavellian, seorang jantan, mungkin tak pernah mengalami debaran rasa-rasa cinta¹ sebenar, tetapi -- perhaps he had been blessed with the ability, or had been cursed with the idiocracy -- dia juga tak pernah gagal dalam menikmati dan melunas-kan keperluan asas biologi-nya.

"I'm gonna make you scream now!" dia berbisik di telinga tubuh lesu itu.

----------------------------------------------------

¹ Cinta, menurut-nya, tidak wujud, dan yang wujud hanya-lah aksi untuk membiak dan menguasai. Cinta, adalah rensponsif pra-matang, dan sama sahaja seperti perasaan takut, ia juga hadir untuk satu tempoh. Cinta juga adalah sebentuk kegilaan yang bersifat sementara selain sebagai justifikasi untuk pertukaran cairan seminal, dan menurut-nya lagi, indah atau buruk-nya ada-lah seperti tindakbalas pemahaman terhadap kisah Lucifer yang telah terlalu diperbesar-besar-kan dan di-tanam secara intensif ke dalam hati-hati manusia sedang yang nyata, ia adalah sebuah dongengan.

----------------------------------------------------

Sejelasnya, dia tak mahu terperangkap dalam kekarutan janji-janji palsu alam utopia¹, dan dia tak mahu terlemas dan terkekang kepada ketaatan mengemudi komitmen dan tanggung-jawab. Dia percaya, you are free to exist, life is a factum-brutum, and as an agnostic himself, moral hanya untuk moralis² dan sebagai manusia yang tak terikat dengan mana-mana dan apa-apa doktrinasi, dia mahu bebas untuk hidup bebas dan tidak dipengaruhi oleh sebarang ideologi ketika membuat pilihan dan keputusan.

----------------------------------------------------

¹ Cerita-cerita indah dan retorikal tentang kemanisan hubungan vagina-testis dan kehidupan pasca perkahwinan.

² Kelompok manusia yang mahu membetul-kan kelompok manusia lain atas nama penyucian dan pembaptisan terhadap, apa yang sebenar-nya ada-lah, alter-ego mereka sendiri.

----------------------------------------------------

Dia tak mahu, kryptonite -- apa yang dipanggil oleh manusia sebagai garis panduan dari Tuhan -- perkara yang diperdebat hebat di kalangan sejagat -- subjek sensitif yang telah dan sedang dan bakal membuat dunia sentiasa bergolak dan bergerak ke arah kebinasaan -- akan melemah-kan, akan menghancur-kan, akan mencerai-berai-kan kehidupan yang sedang dia nikmati.

Bagi-nya, dia hanya mahu hidup dan mati dalam ribut kompleksiti fakulti minda-nya yang tersendiri.

Bebas, tanpa ada belenggu-belenggu halusinasi (daripada adat, budaya, agama, kekeluargaan, serta ketakutan akibat ketidakupayaan untuk memahami) yang dapat mengikat mahupun menjerut keberadaan perjalanan-nya.

**

No comments:

Post a Comment