Oh!

By Paranoia Semalam (August 23, 2016)



1. Ia membanggakan untuk mengetahui pencapaian negara kita di dalam Sukan Olimpik kali ini adalah yang terbaik. Ucapan tahniah mungkin tidak cukup untuk menggambarkan betapa rakyat Malaysia amat berterima kasih di atas kejayaan yang manis ini.

2. Walaubagaimanapun, bilamana kejayaan ini tiba-tiba dirampas oleh satu pihak yang berkepentingan politik, dan segala-gala usaha dan penat lelah para atlet dikreditkan dan dipusatkan kepada satu individu, ada rasa jelek yang maha dahsyat mulai muncul. Secara tidak sengaja, ia membawa ingatan kepada peristiwa bagaimana putar-belit dan rompakan yang dilakukan oleh pihak yang sama ketika 'perjuangan' menuntut kemerdekaan.

3. Hanya kerana mahu 'dia' terus hidup di dalam nadi rakyat, tidak kira apa sahaja jalan dan muslihat, biarpun terlihat jalang dan terdesak, jasa 'dia' harus dilampulimpahkan dan dicanang dengan tersirat di dalam setiap kejadian-kejadian besar yang mengharumkan negara.

4. Perbuatan lebih kuat dari kata-kata. Rakyat tidak bodoh. Mereka melihat, mendengar, merasa, membaca dan membuat keputusan. Hapak bangkai tidak mungkin terhapus dengan semburan haruman. Yang bodoh adalah si dungu dan si otak udang, yang bermati-matian mahu menikmati hasil daripada perniagaan dedak yang jijik. Maksud daripada peribahasa ini hanya akan dapat difahami oleh orang yang waras dan sempurna sifat akal, bukan si pentaksub sejarah yang bohong, bukan si pendusta yang bermata billionan, bukan juga si pengampu dan penjilat yang hanya tahu memburu nikmat material.

5. Mengambil kesempatan, seperti juga pukul curi, adalah perbuatan licik yang hina. Ketakutan dan kebencian biasa membuat pertimbangan menjadi   songsang, seterusnya secara beransur-ansur, tertelanjang aib diri sendiri.

6. Barangkali, isi di dalam kantung lebih memikat dan lumayan daripada isi diri dengan maruah.

7. Heh, steady juga menulis pakai nombor. Terasa seperti golongan tersohor!    ;p

No comments:

Post a Comment