You're a master of disguise when it comes to your feeling -- tuduh Si Perempuan, lagi.

Aku tersenyum-senyum. Bukan kali pertama aku di-label dengan sesuatu yang aku fikir aku bukan.

I don't want to be repetitive -- aku jawab, mengulang kembali pernyataan aku.

-- I take the blame for being so in love.

Ah! But you are killing yourself! -- Si Perempuan menuduh lagi. Dari suara-nya, aku andai-kan ada unsur ketidakpuasan hati dengan jawapan aku.

I survived anyway -- aku kata, mempertahan diri.

Si Perempuan mencebik. Barangkali sedang menahan kemarahan ekoran kekerasan aku terhadap anjuran-nya. Terlalu banyak karektor yang hidup dalam tubuh perempuan ini yang gagal aku tafsir.

-- No, you are not. You're lost. You're fucking lost!

Just give her a call! -- sambung Si Perempuan.

Hari semakin menggelap. Ada hawa-hawa air dalam udara. Ada tanda-tanda ribut akan menghentam bumi.

Ia satu hari yang banyak membuah fikiran. Kehidupan, cinta, hubungan, manusia, harta, sumpah-setia, sebenar-nya tidak pernah berjanji untuk memberi kebebasan.

Ah, kita semua terkial-kial mencari bahagia, sedang bahagia itu entah bagaimana.

**

Imbas dua jam sebelum itu.

Kami di dalam perjalanan entah ke mana. Hujung minggu, pusat membeli-belah bukan-lah pilihan yang terbaik untuk membunuh masa.

Aku buat keputusan untuk menghirup kopi di sebuah kafe di Bangsar -- bukan tempat hipster bercumbu, atau tempat budak-budak berpakaian corak tribal, atau tempat perempuan-perempuan tudung lilit-lilit bersuara lantang dan berseluar legging, atau tempat perkumpulan Yuna wannabe, mahupun tempat golongan-golongan yang bangga menayang telefon mahupun peranti pintar Samsung mereka kepada umum.

Ia bukan satu janji temu. Si Perempuan, berkaca mata gelap, sedang putus cinta. Dia mahu berjumpa, barangkali mengharap-kan aku bersedia memukul dia dengan kewarasan kehidupan.

You okay? -- aku memula-kan perbualan. Nikotin pertama aku nyala-kan dengan tertib sesudah satu tegukan kafein.

Said dah berhenti last time?! -- Si Perempuan jawab, tidak menepati soalan. Dia memuncung.

I was -- aku kata.

-- And I failed.

How are you? You serabut! -- aku tanya, pantas. Aku tidak mahu menjadi topik utama perbualan.

Huh-- I miss my boyfriend. My ex -- dia jawab, lemah. Ketika menyebut my ex, dia membuat gesture untuk inverted comma.

Aku diam, menunggu tumpahan perasaan seterus-nya. Mata Si Perempuan yang lesu bertentang dengan mata aku, tapi aku tahu, pandangan sebenar dia merentasi dimensi yang terpapar.

I bet he doesn't miss me -- Si Perempuan kata, perlahan dan berbau kecewa yang kuat. Dia sisip kopi latte dengan cuai. Ada kesan buih di birai bibir.

Aku hulur-kan tisu kepada-nya. Dia sambut, kesat dan hulur-kan kembali kepada aku.

Aku kehilangan kepintaran untuk menenang gelora. Benar, aku tidak mahu meminjam kebijaksanaan kata-kata orang lain untuk kelihatan bijaksana. Jadi-nya, aku mengunci lidah -- menunggu Si Perempuan menghurai kekusutan.

Sebetul-nya, aku juga terbidas dan terpukul dengan kenyataan dia.

How did you do it? -- tanya Si Perempuan, tiba-tiba ketika aku sedang menghirup minuman.

-- Buat apa?

-- Stop thinking about her.

Hampir saja kopi aku tersembur dari mulut. Muka aku kebas terbeku. Banyak ilham bohong yang berpusu-pusu menjengah di dalam kotak fikir -- sesak bertelagah mahu dipilih sebagai pilihan -- tetapi yang termuntah keluar dari gigi aku ada-lah: I don't stop. I just live.

**

I don't want to talk about myself -- aku kata. Nikotin aku tarik dengan dalam.

Si Perempuan pula membisu. Dia melepas nafas yang mengandung rungsing. Sekali lagi dia merenung mata aku.

You tak nak kahwin? -- soal Si Perempuan. Aku tersenyum. Membetul-kan posisi duduk, aku berdehem perlahan, melonggar-kan peti suara yang tersumbat. Kafe ini kecil, aku tidak mahu bunyi aku menjadi tumpuan.

I used to think about this. I even made up my mind. I even gave my little dowry -- aku jawab, seolah-olah berbisik.

-- I never be so certain about this until I met her.

But thing did not work out -- aku sambung.

Si Perempuan mengangguk.

I think semua yang berlaku ada hikmah -- aku kata, mencuri penyelesaian emak bilamana sesuatu yang dirancang berakhir dengan kegagalan.

Again, hikmah -- jawab Si Perempuan, menghembus keluhan. Mulut dia menjuih.

I believe in it now -- aku balas.

-- Belum sampai masa.

**

How's your ex? -- tanya Si Perempuan.

Soalan-soalan Si Perempuan semakin lama semakin menjurus ke arah peribadi. Entah mengapa, konversasi yang aku imagin-kan akan berkisar tentang dia, secara sedikit-sedikit berubah menjadi perihal aku.

Aku teragak-agak untuk memberikan balasan. Ada tembok besar menjadi penghadang jujur. Cuma senyum tawar mengganti-kan jawapan-jawapan serta reaksi-reaksi palsu aku.

You still miss her tak? -- tanya Si Perempuan lagi. Berpura-pura tidak dengar, aku biarkan soalan Si Perempuan meluru hilang bersama angin. Aku lemas dengan sikap interogatif seperti ini. Aku tahu, satu kesilapan dalam kata-kata aku bakal mengundang pedih yang kekal. Aku tak perlukan simpati, atau dorongan, atau pandangan-pandangan sayu terhadap susur hidup aku.

Menyala-kan sebatang lagi nikotin, aku kata -- I thought we are going to talk about you.

-- Ala~

Si Perempuan tersengih-sengih dengan tindakbalas aku, barangkali dia fikir dia sudah berjaya mencungkil apa yang dia mahu dari soalan-soalannya.

I don't know how to start -- dia kata.

Nikotin aku di-curi dan di-gantung di bibir-nya.

**

Si Perempuan betah memerinci setiap kenangan dia bersama bekas teman lelaki. Mendengar dengan tekun, aku sesekali mencelah dengan membina kesimpulan yang lucu dan er, lucah -- dengan harapan jenaka dapat melentur sedikit tekanan.

You tak jawab! -- marah Si Perempuan seketika kami secara tiba-tiba sahaja berhenti berbual. Kata orang tua-tua, ada malaikat lalu -- metafora yang aku gagal hubungkait-kan dengan tepat dan cermat berdasar ilmu pengetahuan aku.

Terkejut, aku tanya dia, selepas menghirup baki minuman -- About what?

-- Your ex, you miss her, don't you?

Aku senyum.

-- You still love her, kan?

Aku senyum.

See, you tak jawab! -- teriak Si Perempuan. Ada api dalam bola mata-nya.

-- You are good when advising me, tapi you sendiri?

Aku hidup-kan sebatang lagi nikotin. Asapnya aku hembus ke tepi.

Mine is different. And I don't want to be repetitive -- aku jawab.

It is perfect -- aku kata, sebelum sambung -- if it just stays in me.

**

I really think he's an asshole -- Si Perempuan luah setelah lelah bercerita panjang.

I really think you should not call him an asshole -- aku balas.

Kenapa you bela dia? -- marah Si Perempuan. Mata dia membulat. Keningnya bercantum.

No, I am not. Just look at you. Most probably, he's happy now. You? Asshole tak happy -- aku jawab.

-- Just take it and leave it. Live it. Easier said than done, but maybe you should take it as macam menstrual pain. Sooner or later, the pain goes, and you akan kembali segar.

It just a phase. A period -- aku sambung.

Are you okay now? -- tanya Si Perempuan.

-- Aren't you?

**

I don't mind if you balik dengan dia. I don't see any problem -- aku kata bilamana Si Perempuan berteka-teki dengan pilihan keputusannya.

But things tak akan sama lagi! -- Si Perempuan jawab, laju.

No, the bond will be stronger! -- aku balas, juga laju.

-- Yes, offcourse la it's different, but, it is better!

What if it turns otherwise? -- tanya Si Perempuan. Kening-nya sedikit terangkat.

Then it means both of you are not meant together -- aku jawab.

-- But it worth trying. Love is not like seating for exam. You tak ada jawapan untuk rasa-rasa yang berdengung dalam hati you.

-- Dan hidup ni singkat sangat untuk you tak try dapatkan apa yang you betul-betul mahu.

**

Masa bergerak pantas. Kami tidak lagi terfokus untuk membicara-kan kesedihan kami, maksud aku, berkenaan dengan kegagalan dalam hubungan. Si Perempuan, walaupun kelihatan sugul, masih menawan bilamana melempar senyum.

Aku pernah, secara berseloroh, beritahu dia yang aku mahu jadi-kan dia sebagai teman wanita. Ketika itu aku masih ber-angka 2 di depan.

Aku meminta izin untuk menunai-kan solat Asar. Ada masjid berdekatan, berjarak satu balingan batu, dan aku keberatan untuk meninggalkan Si Perempuan sendirian.

Pray for me -- kata Si Perempuan.

-- I will.

**

You are hypocrite! -- Si Perempuan tuduh.

Why? -- aku tanya. Si Perempuan kelihatan begitu selesa menembak ketenangan aku.

-- You said I should try for one more time. You love her but you tak kejar dia. You tak beritahu dia how much you love her, how much you need her!

You should call her! -- marah Si Perempuan. Dia menghentak telefon bimbitnya ke atas meja.

I am not. Sorry. I believe love goes by destiny. For me, as a typical Malay guy as I am, heh, I'd rather be dying than merayu. If she is my jodoh, my other half, then she is. I'm not searching for a substitute lagi pun -- aku terang.

-- But you should call her! Tell her! You love her, don't you?!

Call her, call her, call her! -- Si Perempuan berkeras, menghentak-hentak telefon bimbit ke atas meja, lagaknya seperti watak Begbie dalam Trainspotting.

-- I can't. I just can't.

Why?! -- Tanya Si Perempuan.

-- Because she's not.

No comments:

Post a Comment