Botol & Gelas

Bilamana kau bangkit dari satu lena yang lemas, dengan tubuh yang memberat dan melesu atas entah apa punca, nafas-nafas yang mengapas leluhur-leluhur dada -- sesah dan menyesakkan -- semuanya seperti menjalani satu kesan pelepasan (withdrawal) yang dahsyat daripada satu kesan intoksikasi yang jelak.

Kau hanya mahu bangkit, dan hanya mahu ia segera berakhir. Kau hanya mahu waras, dan lapang.

Senggang.

Kau mahu ludah keluar kelat sendu yang bertakung di dalam kerongkong.

Dunia ini arak. Rindu itu mabuk. Cinta itu cuai.

Aku dan kau, kita sama-sama mahu bebas, dalam kadar yang benar.

Dalam kadar yang cocok.

Tidak, aku mahu lepas, dan terus menjadi terurai.

Dan menghenti bingit dengung dosa lama yang tidak pernah diam berbicara.

No comments:

Post a Comment