“Wah, pasang jambang? Misai pun?”

Sometimes, silence explains better than words itself.

Aku hanya senyum. Ya lah, bak satira Harith Iskandar, selain stating the obvious, apa lagi yang Melayu pandai?

Berada di atas kerusi di sebuah restoran separa eksklusif di ibukota, dikelilingi kumpulan teman yang sudah lama di-anaktiri, mungkin bukan dalam kawalan kewarasan aku. Banyak perkara tertinggal, banyak peristiwa perlu disingkap, banyak kenangan yang perlu digali -- hampir semuanya tidak berlabel, bertabur berciciran, dan tidak tersusun rapi di dalam laci memori -- aku jadi ralat mengatur kata, cerita, dan reaksi, semata-mata atas satu niat murni; courtesy.

Tindakan mengambil sikap untuk memencil diri, prejudis, buruk sangka, dan tidak peduli terhadap kelompok orang lain yang berlainan arah dan tujuan -- arrogance dan ignorance -- akhir-nya telah memakan diri sendiri.

Bot-bot mereka telah berlayar jauh. Sejauh ini. Sejauh ini (depa-kan tangan).

A sudah hampir sepuluh tahun berumah-tangga, B sudah punyai anak yang menginjak alam pra-persekolahan, C sekarang hanya perlu memberi arahan, D baru sahaja menimang cahaya mata ketiga, E, heh, masih kekal berseloroh tentang kehebatan sistem pacuan kenderaannya.

Hanya aku yang masih terkial-kial, berkira-kira mahu membuat satu lompatan nun di pesisiran pantai.

“Buku macam mana? Kau menulis, kan?” tanya D memecah mood, selepas sesi hey-apa-khabar-lama-tak-jumpa-what’s-up? -- sesi menyelindung kepura-puraan -- antara kami berenam.

Gugup dan agak keliru, dan mungkin tampak sedikit teragak-agak, aku jawab soalan dengan soalan, “Buku? Random gila! Buku apa?”

B, yang sedang enak mengunyah kentang goreng menyampuk, “Ha'ah, mana buku kau?” tanpa mempamer sebarang riak terkejut.

A, C, dan E masing-masing memaku mata pada aku. Aku tiba-tiba jadi lemas; darah membuak-buak menyerbu daerah muka.

Aku benci menjadi subjek dalam perbualan apabila tidak berada di zon selamat aku.

“Merepek lah. Siapa kata aku tulis buku?” aku tepis, mempertahan-kan diri, dan cuba berlagak bersahaja. Kopi panas disisip perlahan, sedang otak aku cuba memintas apa yang sedang mereka fikirkan. Atau rancang.

Binatang! What the hell is going on?!

“Come on. Kau kan suka menulis? Takkan tak ada blog?” D menembak aku lagi. Matanya liar cuba mencari mata aku. Aku tidak pasti entah sejak bila D mengambil tahu hal kewujudan aku.

Tidak puas hati, aku balas, “Bullshit! Mana ada aku blogging?” dalam nada paling naïf dan mungkin berbaur sedikit ugutan.

Tiada siapa yang tahu aku menulis. Er, hanya 5 orang yang aku beritahu, itupun sebab aku tahu they are not going to read them. Dan 5 orang itupun, aku klasifikasikan sebagai teman rapat, dan tiada langsung perkaitan dengan kelima-lima mereka.

Dan set-set teman libur seperti ini, there’s no way of telling them. No fucking way.

No, not them.

“Apa nama blog kau?” tanya A tiba-tiba sambil tersenyum mengeluarkan Iphone-nya. “Aku dengar kau ada followers?”

“The fuck? Apsal korang ni?” aku meluah kata-kata yang terpendam di dalamnya sebuah ketidakselesaan. Ada peluh sejuk merecik keluar.

“Letak la gambar. Sure ada sangkut. Kau pun single lagi! Dah umur dah!” D bersuara, sambil diiyakan oleh A. E kekal memerhati aku dengan senyum misteri.

“Jangan letak gambar C sudah!” D menyambung lagi seperti menahan satu kelakar yang tak terluah. Setiap perkataan yang keluar dari mulut D membuatkan suasana menjadi tegang dalam diri aku.

“Fuck you lah!” aku balas, tegas. Aku hidupkan tembakau bercengkih aku.

To my surprise, mereka berhamburan ketawa. Oh my god, what crack they are on? Kenapa aku berada di zoo ini?

Didesak dari kiri kanan, dengan D mengetuai serangan provokatif, aku kata lagi, bercampur sedikit ketegasan dan kemeluatan, dengan harapan dapat melonggarkan keingin-tahuan mereka dan membunuh topik: “I DON’T FUCKING BLOGGING!”

Ia berhasil, dan konversasi kembali memburu tajuk normal -- perkahwinan, perempuan, buah dada, tetek, bontot, politik, Najib, dan bagaimana cara-cara menggandakan wang di dalam saku dengan kaedah paling menguntungkan.

Duh.

Aku mengharung malam dalam rasukan keanehan suasana membencikan -- cubaan memalsu kemesraan untuk menjadi lebih bertanggungjawab, lebih pop, lebih dewasa, tidak judgmental, atau sarkastik dan sinis, semakin kalut dan berkecamuk dalam diri yang bukan diri. Celaka, aku terpaksa tipu-tipu ketawa dengan lawak jenaka mereka!

Banyak ketika, aku terasa seperti mahu muntah dengan tahap 'kesucian' dan rentak lengguk perbualan mereka. Banyak ketika, aku berasa kepintaran aku terhina dengan idea, gagasan dan pandangan mereka tentang erti sebentuk kehidupan. Banyak ketika, aku menahan diri dari tergiur mencetus konfrontasi.

Ada sesuatu yang menyekat kerongkong aku daripada berbijaksana meluncur keluar patah-patah kata dengan gembira.

Gambaran mudahnya, ia lebih teruk dari menyedut 8 syot submarine sekaligus.

Ya, atas nama; courtesy.

Apa pun, perjumpaan ini buat aku sedar, aku tidak perlu belayar sejauh mereka. Untuk aku terbius dalam kehuruharaan pencarian harta adalah sesuatu yang bakal membawa malapetaka kepada hidup aku kerana pada pandangan aku, sebuah kebebasan jiwa itu lebih bermakna daripada terjerumus ke dalam kemahuan kebebasan berkewangan yang pastinya penuh dengan kos -- helah, pedaya, jerat, dan perangkap.

Ketika semua bersalaman mahu pulang ke kandang masing-masing, aku sempat bisikkan di telinga D, “Picasso doesn’t really write. No wonder we see things differently,” dan aku palingkan satu senyum dan kenyitan rindu penuh makna.

Sepanjang jalan pulang, hati aku puas berkeras mengkhianati apa yang aku mahu percaya: “He didn’t buy it. He didn’t buy it.”

No comments:

Post a Comment