"Tak ada orang cinta sama Bos ya?" tanya Wak Juri ketika menyenduk nasi ke dalam pinggan. Aku langsung tidak terkejut dengan soalan dia, sebalik-nya aku lebih terganggu dengan jumlah kuantiti makanan yang dia kaut dan bakal habis-kan.

"Biar betul, Wak?" aku kata, hampir terbeliak melihat bukit nasi di dalam pinggan.

"Iya la Bos, tak ada orang yang cinta sama Bos?" tanya Wak Juri lagi. Wajahnya seolah-olah berseringai melihat hidangan yang terhidang.

"Banyak tu Wak!" aku tegur.

"Terus, mengapa belum kahwin?"

"Larat tak tu, Wak?"

Wak Juri memilih lantai yang selesa untuk dia bersila menikmati hidangan-nya. Dia menyapu-nyapu kotor dan menepuk-nepuk debu dengan tangan kiri, sementara tangan kanannya kemas menopang pinggan. Kali ini, kedudukan dia menghadap setentang -- tidak lagi membelakangi aku.

"Terus, mengapa Bos?" soal Wak Juri lagi, mengulang dalam lengguk Indonesia yang pekat. Mata dia terkebil-kebil menanti jawapan aku, sedang mulut dia kini penuh dengan kunyahan suapan pertama.

Aku hanya senyum. Aku biar-kan pertanyaan Wak Juri meng-hapus sambil aku mencuri masa mengamati susuk Wak Juri dengan lebih terperinci -- raut wajah yang kelelahan, kulit yang kasar, urat-urat yang tersembul keluar, rambut yang masai dengan habuk, kuku yang serpih-serpih. Umur-nya hanya sepuluh tahun di depan aku, beban dan norma kerja telah menjadi-kan dia kelihatan lebih tua dan berusia.

"Kenapa Bos?" Wak Juri bersuara, "Mengapa masih bujang?"

Wak Juri, sambil-sambil menyuap, seperti tidak pernah mahu berputus asa. Ketidakpedulian aku dengan persoalan yang dilontar, diingkari dengan pengulangan yang bertubi-tubi yang membosankan. Sejak hari pertama memula-kan kerja, dia asyik menembak aku dengan persoalan yang sama, setidak-tidak mirip ke arah itu. Jawapan yang aku anjur minggu sudah, nampak gaya gagal memuas hati-nya.

"Perlu ke saya kahwin, Wak?" aku tanya, setelah pandangan Wak Juri menghiris tajam ketidakhirauan aku.

"Bos tak punya teman perempuan?" Wak Juri menjawab soalan aku dengan soalan. Ada senyum lebar keluar dari muka-nya. Mungkin dalam kiraannya, dia berjaya juga membuat aku meluah jawapan.

"Atau bos yang tak dapat melupa-kan yang dulu?" teka Wak Juri lagi. Dia mengunyah dengan lahap.

Makin lama makin ada rasa terbeban yang timbul kesan dorongan persoalan Wak Juri. Mata aku cuba membaca apa ketersiratan maksud yang cuba di-cungkil keluar dari bahasa tubuh dan sengih sinis Wak Juri.

Untuk seorang yang asing -- hanya berputik kenal selama dua minggu -- ber-laku terlalu jujur adalah kesalahan yang aku selalu elak-kan. Oh, tentang peribadi, ia ada-lah perkara yang terakhir untuk aku kongsi-kan.

**

"Mustahil Bos!" jerit Wak Juri, "Mustahil!"

"Saya tak percaya, Bos!" sambung Wak Juri.

Pinggan yang menimbun sebentar tadi sudah melicin. Wak Juri mengetuk-mengetuk jari ke pinggan dan menjilat-jilat alur-alur jari-nya. Dia benar-benar menikmati makanan yang di-saji.

"Saya tak percaya, Bos. Betul saya tak percaya!"

Wak Juri bangkit dan bergegas ke pili air. Cara dia berjalan seolah-olah terpijak paku. Dia ada mengata-kan sesuatu, tetapi telinga aku tidak begitu tangkas menangkap pelat-nya yang meluncur laju.

"Betul, Wak. Saya lelaki yang pegang kata-kata saya!" aku kata.

**

"Macam mana ini, Bos. Nanti sudah empat puluh, masih sorang-sorang. Boleh gila, Bos!" bebel Wak Juri. Dia merenung dalam-dalam mata aku, macam cuba menghurai kusut-ribut yang tak sepatut-nya dia terlibat. Hidung-nya kembang-kempis dengan asap beraroma cengkih yang bergulung-gulung keluar.

"Saya okay lah, Wak. Ini semua rancangan Tuhan, Wak. Saya cuma jalan-kan saja," aku kata. Aku lempar-kan senyum.

"Iya Bos. Betul, Bos. Saya tahu. Ini semua Tuhan punya kuasa. Saya cuma pelik sama Bos. Mana mungkin tak ada perempuan yang mahu sama bos. Gila betul."

**

Kerja-kerja pengubahsuaian sudah berada di peringkat akhir. Ada nafas berat yang telah beransur keluar, tapi kini berganti pula dengan kapasiti debar-gusar yang dahsyat-nya buat aku tidak dapat nyenyak dengan sempurna.

Carpé diém! Ah, Insya-Allah, Insya-Allah!

Untuk Wak Juri, perkenalan singkat ini buat aku celik tentang dunia yang berbeza. Kita be-reaksi dan bertindakbalas dengan hal-hal yang berlaku, mengikut bagaimana jalan pemikiran kita di-besar-kan. Sesuatu yang besar untuk seseorang, barangkali hanya hal yang enteng dan remeh untuk seseorang yang lain. Vice-versa.

Dan seperti orang banyak, kesibukan dan kerja hanya-lah satu alasan untuk terus terapung dari terlalu memikiri hal-hal yang sebenarnya meracik hati.

Budi, Assan, Anto, dan Sayang, terima kasih. Aku tahu, suatu masa nanti, kalian pasti kangen sama keletah dan cerewet aku!

Serta makan besar kita!

Terima kasih!

No comments:

Post a Comment