Ia kelihatan seperti penulisan tidak pernah meninggalkan aku. Ah, ke mana dan di mana menghilang penulis-penulis agung lain?

Atau mereka sebenarnya cuma kaya dengan angan-angan, tidak dengan kekuatan.

Atau, heh, wujud barangkali kerana tempiasan budaya dan ikutan serta perasaan mahu-jadi.

(Akhir-nya, yang kekal tinggal, hanya yang benar-benar di tempatnya).

Bukan mudah untuk menjadi apa yang dicanang dan kental mentaati perjuangan. Yah, bercakap adalah seni yang murah. Dan perihal murah ini akan tidak akan menjadi kekal.

Nah, mulut siapa dulunya yang bicara lebih daripada akalnya?

Masa memberitahu, bukan?

No comments:

Post a Comment